Followers

Sunday, March 13, 2011

Umrah & Ziarah - Part 3

Setelah berada selama 4 hari 3 malam di Madinah tiba masanya kamek orang berangkat ke Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan ibadah umrah. Selepas solat Zuhur kamek orang lunch dolok di hotel lekak ya balit ke bilit untuk mengenakan pakaian ihram terus sebab on the way ke Makkah kamek orang akan berniat di Masjid Bi'r Ali, Madinah.

Perjalanan dari hotel ke Masjid Bi'r Ali mengambil masa dalam 15-20 minit. Kamek orang semua dah ready dengan pakaian ihram dalam bas.

Setibanya rah Masjid Bi'r Ali, terus mek orang ngerja solat sunat ihram di masjid ya.

Masa lebih afdal untuk berniat ihram adalah semasa bas mula bergerak meninggalkan masjid. Time tok ada ustaz yang guide mek orang lah. Selesai berniat, mek orang mula bertalbiyah di sepanjang perjalanan dari Madinah ke Makkah yang mengambil masa dalam 4-5 jam gia. Sepanjang perjalanan yalah mek orang bertalbiyah, ada berenti sekejap rah R&R tepi highway. Kakya sambung terus perjalanan ke Makkah.

Setibanya di Makkah jam dah nunjuk pukul 10.30pm. Sampe jak mek orang di suruh ke dewan santapan untuk makan malam dolok. Lekak ya baruk sidak berberik kunci bilit hotel. Don't expect hotel di Makkah kedak Madinah lah. Sebab hotel di Makkah yang paling dekat dengan Masjid adalah yang paling mahal padahal keadaan hotel ya kedak rumah tumpangan jak. Aku diam sebilit dengan parents aku lah. Keluasan bilit di Makkah adalah separuh dari keluasan bilit di Madinah. So mejin jaklah betapa padatnya rupa bilit mek orang dengan beg yang banyak kakya tido bertemu katil. Tapi sikpalah sebab kira dekat juak hotel ya dengan Masjidil Harram dalam 500 meter gia.

Lepas makan malam, mek orang nait ke bilit kejap untuk rehat dalam kol 12 tengah malam mek orang turun berkumpul di lobby hotel untuk sama-sama ngerja umrah. Before start berjalan ke masjidil harram, ustaz ya merik briefing dolok dengan semua jemaah. Kakya mek orang semua berjalan sama-sama menuju ke Masjidil Harram. Aku nebes indah nak ngerja umrah. Biasala masa di kuching macam-macam jak cerita di dengar aku. maklumla aku tok bukan nya alim pun preparation nak pergi pun sikda gilak. Tapi once aku masok dalam masjid ya aku sik sabar nak nangga kaabah. Bila aku terdiat kaabah, terus aik mata ku lileh terus. Aku sikpat madah apa perasaan aku time ya cuma aku syukur gilak dapat nangga kaabah depan mata aku pun. Rami juakla sidak nangis bila nangga kaabah ya. Dahla ya malam Jumaat, ku tangga langit berwarna biru gelap. Bukan warna hitam seperti kita diat di tempat kita pun. Kamek orang pun memulakan ibadah umrah dengan tawaf 7 keliling kaabah.

Memula aku tek belakang pi entah gine kaki ku laju jak berjalan berpelok tangan ku ngan mak aku. Orang masa ya rami iboh katalah. Selesai tawaf, mek orang solat sunat di belakang makam Nabi Ibrahim. Sinun laki ompuan semayang sebelah nyebelah sikda orang nganok koh. Aku pun dengan mak aku semayang depan bapak aku. Selesai solat tetiba aku nangis agik. Biasalah semua orang berdosa bah. Aku rasa aku kecik gilak time ya, aku harap semua urusan dipermudahkan oleh Allah SWT. Abis ya mek orang pergi ke bukit Safa untuk Sai'e. Bermula dari bukit Safa ke bukit Marwah sebanyak 7 kali juak. Jarak antara bukit ya dalam 500 meter gia. Total dalam 3.5km lah mek orang berjalan. Selesai Sai'e mek orang bertahallul. Aku nguntin rambut mak aku, kakya mak aku nguntin rambut aku. Rehat kejap kakya mek orang balit ke hotel. Masa ngerja umrah sikda rasa kepak pi bila dah balit hotel, nang terit jak rasa betis aku. Balit terus mandik kakya alu tido. Time ya jam dah kol 4am aku tido. Kakya ya nak mek 3 sik sedar time subuh lalu lepas lah ari ya. Sedar-sedar hari dah kol 9am! Nasiblah hari ya mek orang sikda ziarah. Rehat jak dolok di hotel.


The next day, baruk mek orang ada ziarah. Pukul 8am dah start berjalan. First stop mek orang ke Jabal Thur. Di sia lah terdapatnya Gua Thur tempat persembunyian Rasulullah masa di kepung sidak kafir Quraisy semasa Baginda menyebarkan agama Islam dolok.

Lekak pergi Jabal Thur mek orang menuju ke Jabal Rahmah yang merupakan tempat Nabi Adam dan Hawa mula bertemu setelah dikeluarkan dari Syurga. Jabal Rahmah terletak di padang Arafah. Sapa nak mintak jodoh, mintak dikurniakan anak baguslah berdoa disitok. Aku pun ada berdoa sitok untuk kawan-kawan yang belum bertemu jodoh and also mendoakan abang and kakak ipar aku yang dah 8 tahun kawen pi sikda anak. Mudahan di makbulkan Allah SWT. InsyaAllah...



Abis dah berdoa di sia mek orang di embak raon ke tempat-tempat orang ngerja Haji. Memula mek orang nangga sekitar Arafah ya kakya ke Mudzalifah tempat jemaah haji memungut batu untuk melontar jamrah. Kakya mek orang nangga ada stesen LRT yang sedang dibina untuk menghubungkan Mudzalifah ke Mina pada musim haji.



Tempat melontar jamrah setinggi 4 tingkat yang di lengkapi dengan eskalator.
Hotel VIP untuk para kenamaan semasa bermalam di Mina pada musim haji.
Khemah para jemaah haji. Makin dekat khemah dengan tempat melontar makin mahal sewa khemah tersebut.

to be continued...

0 comments: